Staff Training : Training E-System (Cms)

7 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 - 8 Februari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Training E-System (CMS) yang diadakan di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani, Kedah. Kursus bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 8.00 malam.

Aktiviti pada hari pertama ialah Pihak Peragold menerangkan cara menggunakan E – System dengan lebih mendalam. Sesi menggunakan E- System secara praktikal. Perserta boleh bertanya soalan serta memberi idea. Selepas itu, Pihak SSO menerangkan mengenai NADI X kesejahteraan Kendiri. Memberitahu cara yang betul menggunakan peralatan dan proses saringan yang dijalankan di NADI.

Pada hari kedua, pihak SSO/CSM menerangkan pengenalan kepada Keselamatan Siber. Langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan (Scam). Terdapat pelbagai jenis Scam yang sedang berlaku antaranya scam pekerjaan, scam maklumat peribadi, scam perlaburan, scam percintaan, scam pemenang hadiah, scam perlancongan dan banyak lagi. Petugas NADI diberikan tugasan untuk dihantar serta dibentangkan keesokkan harinya. Seterusnya pada sesi petang, Pihak SSO menerangkan mengenai applikasi yang bakal digunakan untuk program Komuniti Madani yang bakal dijalankan.

Pada hari terakhir, petugas NADI membentangkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Seterusnya majlis penutup dirasmikan oleh Puan Pengarah MCMC Perlis iaitu Puan Azlina. Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dan mempelajari dengan lebih mendalam dan praktikal mengenai E-Sytem, NADI X kesejahteraan Kendiri, Keselamatan Siber , Applikasi untuk program Komuniti Madani. Selain itu, memberi peluang kepada petugas NADI mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali